Pages

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Photobucket

Monday, February 7, 2011

E-Learning 2011 PROGRAM EBSYS2Y

Creative Dreams merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang baharu ditubuhkan setahun yang lalu. Syarikat ini menyediakan program e-pendidikan untuk para pelajar bermula seawal darjah 1 sehingga tingkatan 5. Menggunakan sukatan pelajaran yang selari dengan sukatan pelajaran terkini Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana telahpun dimasukkan dengan KSSR dan KSSM serentak dengan perlaksanaannya pada tahun 2011 ini. Program Pendidikan paling lengkap 100% dalam talian yang pernah ada di pasaran, kini mampu dimiliki setiap keluarga, untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan dan status ekonomi rakyat seluruh negara.

Dengan 30 orang panel guru yang berkelayakan dan berpengalaman, Program e-pendidikan tercanggih yang mengandungi Input (Pembelajaran & Pengajaran), Output (Latihan & Kertas Ujian) & Kelas Maya (Virtual) dengan rakaman suara guru yang mengajar bagi setiap Topik merangkumi semua silibus lengkap- objektif & subjektif untuk Darjah 1 hingga Tingkatan 5.

MENGENAI WEBUCATION

Di dalam industri Webucation, para usahawan boleh menggunakan kebolehan & kreativiti mereka untuk menjana kekayaan dengan cara menarik yang mereka sudahpun kuasai. Webucation adalah pendidikan & pengetahuan yang disampaikan 100% melalui internet. Peter Drucker di dalam majalah Forbes meletakkan webucation dari perspektif yang sebenar.

Jika anda usahawan yang sedang mencari bidang industri baru & menarik untuk berjaya, webucation adalah jawapan yang paling sesuai.

MENGENAI EBSIS 2Y

Paparan Unik: Web Teacher, Web Editor, Web Schema, Web Chat, Web Report Card, Web Assessment, My Forum, Web Seminar, Digital Library, Web Past Year Exam, Web Topic, Web Trial Exam dan IQ Games.

Program E-learning Paling Lengkap 2010 yang terus mendapat sentuhan pembaharuan di tahun 2011

EBSIS 2Y, program e-learning yang dihasilkan dengan sekumpulan guru-guru yang berkelayakan, berintergrasi dengan sistem internet, mengikut sistem pendidikan Malaysia. Satu penyelesaian paling sempurna pernah ada bagi para pelajar & ibubapa/penjaga. Pelajar dapat mengukur tahap kebolehan & keupayaan mereka masing-masing melalui Program EBSIS 2Y.

Selepas menggunakan program ini, pelajar mampu menjalani peperiksaan dengan lebih yakin dan akan mendapatkan keputusan yang cemerlang sebagaimana yang diusahakan.

Dengan mendaftar ke dalam Program EBSIS 2Y, interaksi antara anak & ibubapa terjalin lengkap mesra mengisi kekurangan yang ada sebelum ini. Ibubapa berupaya memantau perkembangan anak-anak mereka melalui Web Report Card & SMS 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Kunci untuk mendapatkan gred yang baik adalah kedua-dua “Input Learning” dan “Output Learning” – kebolehan untuk menerima, menyerap dan menggunapakai apa yang telah dipelajari.

Untuk cemerlang, anak-anak kita memerlukan kedua-dua “Input Learning” dan “Output Learning”.

“Input Learning” adalah proses membaca, belajar, mengingat dan mendengar secara efektif. “Output Learning” adalah menggunapakai segala yang telah dipelajari.

Jutaan ringgit telah dilaburkan untuk membangunkan perisian program e-learning ini yang dihasilkan khas oleh Pakar IT syarikat agar sejajar dengan kurikulum yang terkini oleh KPM.

Program ini membantu anak-anak anda untuk sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. “Practice makes perfect”. Lebih banyak latihan yang dilakukan, lebih sempurna persediaan kita. Keinginan untuk berjaya adalah penting, tapi yang lebih penting adalah pemikiran positif seseorang itu.

Pembelajaran (Learning)

Program memberikan kelebihan kepada anak-anak anda dengan cara pembelajaran yang mengandungi “Input Learning”, “Output Learning”, Penerangan Bersuara oleh guru, Pengajaran secara Live Online & sesi Forum untuk para pelajar.

Paparan Unik:

“Input Learning” & “Output Learning”

Menghadirkan diri dalam kelas di sekolah, mendengar & menerima apa yang diajar oleh guru adalah “Input Learning”. “Output Learning” adalah apa yang dipelajari oleh pelajar apabila mereka menguji diri mereka tentang apa yang mereka belajar. Menjawab soalan dan latihan memantapkan lagi daya ingatan. Cara kebiasaan “Output Learning” adalah melalui buku-buku latihan dan ujian.

Mengapa “Output Learning” melalui buku tidak mencukupi?

  • Perlu memeriksa /menanda jawapan secara manual
  • Soalan tidak dapat diulang (soalan sudah ditanda)
  • Tiada kawalan masa (perlukan disiplin diri)
  • Terlalu banyak buku tetapi soalan-soalan terhad
  • Tidak interaktif – mudah terasa bosan

Bayangkan kesemua nota-nota dan soalan-soalan di dalam buku-buku tersebut dikumpulkan dalam satu sistem dan boleh didapati secara online dan interaktif. Jawapannya, Program EBSIS 2Y

Web Seminar

Latihan: Web Topic – Latihan Megikut Topik

Bila tiba masa peperiksaan, anak anda akan dapat menjalaninya dengan penuh keyakinan dan akan mendapat keputusan A+ seluruhnya.

Web Tutor Virtual

Kelas di mana rakaman tutor(guru) mengajar setiap semua topik yang terdapat dalam sesuatu subjek. Web tutor(guru) mengandungi slaid dan suara penerangan yang mana ia boleh diakses bila-bila masa oleh pelajar. Topik-topik disusun mengikut silibus KPM. Setelah selesai dengan pembelajaran, pelajar boleh ke Web Topic untuk menjawab soalan-soalan latihan.

Latihan: Web-Assessment – Ujian Bulanan

Soalan-soalan akan dikemaskini dan dimuatnaik dari semasa ke semasa, merangkumi soalan-soalan dari peringkat mudah, sederhana dan sukar. E-Assessment diolah seperti mode Game, yakni berperingkat-peringkat, agar pembelajaran menjadi lebih mudah dan seronok tetapi tetap menguji minda. Pelajar harus mendapatkan markah sekurang-kurangnya 80% untuk beralih ke peringkat yang lebih tinggi.

Pemarkahan Segera & Kata-Kata Motivasi

Jawapan akan ditanda sejurus selepas pelajar memberikan jawapan. Pemarkahan segera membantu pembelajaran lebih pantas. Pelajar dapat mengenalpasti kesilapan mereka dengan segera. Para pelajar juga dirangsangkan dengan kata-kata motivasi.

Web Editor

Membolehkan para pelajar menjawab soalan subjektif. Jawapan bagi kertas 2 akan dinilai oleh tutor bagi setiap subjek, diberikan markah dan direkodkan ke dalam score card pelajar.

Web-Dictionary @ Digital Library

Kegunaan Web-Dictionary adalah untuk menerangkan sebarang perkataan yang tidak difahami oleh pelajar. Hanya perlu klik dua kali perkataan tersebut dan penerangannya akan terpapar mengikut format berikut: Bahasa Malaysia – English – Mandarin.

Web-Trial Exam (Soalan Percubaan)

Soalan Percubaan yang disediakan khas untuk pelajar di sini. Mengikut maklumbalas daripada pelajar, lebih 40% soalan serupa terdapat dalam peperiksaan UPSR & PMR sebenar. Kertas Soalan Percubaan disertakan sekali dengan had masa (autotimer) untuk menyediakan pelajar dengan keadaan peperiksaan sebenar (kertas soalan akan dihantar secara automatik selepas masa tamat). Persediaan terakhir pelajar sebelum menghadapi peperiksaan.

Web-Past Year Exam (Soalan Tahun-Tahun Lepas)

EBSIS 2Y mempunyai set soalan-soalan sebenar dari 5 tahun lepas, bagi semua subjek. Web Past Year Exam memberikan pelajar kelebihan bersedia untuk peperiksaan dan mengelakkan kekalutan semasa peperiksaan, yang mana sering berlaku sekarang di kalangan pelajar sekarang. Semua set disediakan dengan autotimer, sama seperti peperiksaan sebenar. Ini akan meningkatkan lagi keyakinan pelajar menghadapi peperiksaan sebenar.

Web – Notes

Nota-nota disediakan oleh guru-guru berkebolehan dengan teliti di dalam format peta minda, fakta dan bergambar. Lebih mudah difahami, menarik dan interaktif. Nota-nota jelas dan boleh dicetak untuk kegunaan.

Web-Score Card

Web-Score Card menyediakan ibubapa & pelajar dengan semua keputusan-keputusan Web-Topics, Web-Assessments, Web-Trial Exam dan Web-Past Year Exams yang dilakukan oleh pelajar. Ini membolehkan ibubapa memantau perkembangan pembelajaran anak mereka.

Semua Keputusan disimpan secara Online

Semua keputusan Web-Topics, Web-Assessments, Web-Trial Exam dan Web-Past Year Exams yang dilakukan oleh pelajar direkodkan dan disimpan secara online. Latihan-latihan lepas boleh dilihat semula pada bila-bila masa, di mana-mana juga.

Forum (Akan Datang)

Forum menyediakan tempat para pelajar, guru, malah ibubapa, untuk berbincang dan bertukar-tukar idea tentang sesuatu topik. Sesiapa pun boleh memulakan sebarang topik menarik untuk dibincangkan. Contohnya jika seseorang pelajar tidak memahami sesuatu topik boleh menyatakan persoalan itu ke dalam forum dan sesiapa saja boleh menyertai perbincangan tersebut. Web editor juga boleh digunakan di dalam forum, di mana imej & jadual boleh dimasukkan.

Chat (Akan Datang)

Chat meyediakan perbualan secara terus (real time) di antara pelajar dan guru. Di sini, pelajar dan guru dapat berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Sesiapapun boleh memulakan topik chat yang baru dan pelajar boleh menyertai mana-mana topik yang disukai atau lemah bagi meningkatkan lagi tahap kefahaman mereka dengan mendapat maklumbalas secara segera. Pelajar juga boleh berinteraksi sesama mereka untuk berbincang secara intelektual dan mendapatkan sahabat baru.

Masalah yang dihadapi oleh anak-anak:

Beban dan bosan dengan pembelajaran konvesional

Tiada motivasi untuk menjadi cemerlang

Tiada minat untuk membaca dan membuat latihan

Letih kerana terlalu banyak tuisyen

Terlalu banyak menghabiskan masa di hadapan Komputer, bersembang, bermain games dan melawat laman web yang kurang sesuai atau tidak sepatutnya.

Masalah yang dihadapi oleh anda sebagai ibu bapa:

Tidak dapat menilai perkembangan akademik anak anda

Terlalu sibuk untuk memantau pembelajaran anak anda

Tidak berpuashati dengan keputusan peperiksaan anak anda

Membelanjakan lebih tetapi tidak beroleh hasil yang diharapkan

Kurang pengetahuan untuk berinteraksi dengan anak

Anak anda takut pada peperiksaan

Tidak yakin dengan persediaan anak menghadapi peperiksaan

Anak anda akan mengalami dan dibebani dengan stres yang keterlaluan untuk menghadapi peperiksaan. Ini sudah pasti boleh menjejaskan minat dan tumpuan mereka dalam pelajaran serta tahap pencapaian prestasi mereka.

Penyelesaian yang disediakan dengan EBSIS 2Y:

Meningkatkan interaksi ibubapa dan anak. Membolehkan ibubapa lebih memahami keperluan anak mereka

Mampu untuk memantau perkembangan anak

Mengetahui kelemahan dengan tepat

Memberi kelebihan kepada anak agar bersedia untuk peperiksaan

Menghapuskan perasaan takut pada penggunaan komputer pada ibubapa dan anak

Akses Mudah. Cuma perlukan komputer dan sambungan internent

IQ - Academic Games

Persoalan Lazim & Jawapan (FAQ)

1. Apa itu Program EBSIS 2Y?

Program EBSIS 2Y adalah satu program interaktif dan berkesan untuk membantu pelajar untuk belajar secara lebih seronok, bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan celik ICT.

2. Apa itu “Input Learning”?

Input LearningTM” adalah pengisian maklumat ke dalam minda anda. Membaca, belajar, mendengar, melihat dan mengingat pula adalah “Input Learning”.

3. Apa pula “Output Learning”?

“Output LearningTM” mengajar pelajar bagaimana menggunapakai segala yang mereka belajar dan pelajari daripada “Input Learning”.

4. Mengapa pelajar perlukan Program EBSIS 2YTM?

Program EBSIS 2Y disediakan dengan begitu teliti memberikan pelajar paparan-paparan yang boleh membantu mereka bersedia untuk menghadap peperiksaan dengan lebih efektif. Dengan Program EBSIS 2Y, pelajar berupaya mengetahui kadar kefahaman mereka dalam setiap topik dan subjek yang mereka pelajari di sekolah. Program EBSIS 2Y memberikan pelajar akses tanpa had kepada pembelajaran dan latihan web untuk meningkatkan kebolehan mereka menghadapi peperiksaan, meningkatkan tahap keyakinan dan menggalakkan mereka untuk bersikap lebih positif.

5. Mengapa Web Score Card penting dalam Program EBSIS 2Y?

Score Card adalah paparan unik yang memberikan ibubapa maklumat awal tentang perkembangan akademik anak mereka. Ibubapa akan lebih maklum tentang subjek mana yang harus diberikan lebih tumpuan walaupun belum mendapat keputusan sebenar dari sekolah. Score Card membolehkan ibubapa memantau perkembangan anak mereka pada bila-bila masa.

6. Apakah peringkat dan subjek yang terdapat dalam Program EBSIS 2Y?

Program EBSIS 2Y merangkumi semua subjek teras yang diajar di Sekolah-sekolah Kebangsaan dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Program EBSIS 2Y juga memasukkan semua subjek yang diajar di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan China. Semua kandungan di dalam Program EBSIS 2Y adalah mengikut silibus dan kurikulum yang ditetapkan oleh KPM, dan merangkumi semua Peperiksaan Utama kerajaan - UPSR, PMR dan SPM.

7. Adakah Program EBSIS 2Y akan membebankan anak-anak?

Tidak. Program EBSIS 2Y memantapkan lagi pembelajaran kerana pelajar akan mendapati program ini menyeronokkan dan penuh dengan kandungan yang amat menarik.

8. Adakah anak-anak memerlukan Program EBSIS 2Y Programme walaupun sedang menghadiri kelas tuisyen?

Ya. Program EBSIS 2Y akan lebih membantu.

9. Asakah Program EBSIS 2Y ini mampu dimiliki?

Ya. Program EBSIS 2Y ini amat mudah untuk dimiliki, kos efektif dan member nilai kepada wang anda, berdasarkan fakta-fakta berikut:

Program EBSIS 2Y adalah berdasarkan 1 keluarga, 1 program, tidak kira berapa orang anak yang bersekolah

Program EBSIS 2Y menawarkan Input dan Output Learning yang boleh diakses tanpa had pada bila-bila masa, dan tanpa sebarang caj tambahan untuk semua soalan-soalan objektif dan subjektif. “Practice Makes Perfect”.

Ratusan soalan mengikut topik bagi setiap subjek disediakan di dalam Web-Topics. 100% mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 4 set soalan bagi setiap bab dan setiap topik mengandungi 25 soalan. Ini membolehkan pelajar berkembang mengikut keupayaan masing-masing sementara membina keyakinan diri. Ciri menarik yang menyeronokkan, menjawab pelbagai soalan, dan pemarkahan segera. Web-Notes yang berkaitan mudah diakses hanya dengan satu klik.

Disediakan oleh: Musri Kayawa Diubahsuai oleh: Teddy Damianus

www.creativedreams.biz/teddydamianus

Wednesday, February 2, 2011

Creative Dreams International


www.creativedreams.biz/teddydamianus

Hubungi saya di no h/p +6012-8219755 atau isikan

Contact form/ Borang penghubung

Name/Nama *
Email/Emel *
Subject/subjek *
Message/Pesanan *
Address/Alamat

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Sila isikan maklumat dengan lengkap, setiap message yang saya terima akan mendapat respon dengan kadar yang segera. Sekian. Terima Kasih
Teddy Damianus
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Form Builders
Report Abuse